Ikan 3 Rasa - Recipeshooky

Ikan 3 Rasa

Bahan bahan:

  • 1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng garam kunyit)
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau mau tambah kuah 
  • 2 sb minyak - untuk menumis
  • Garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Ikan 3 Rasa


Bahan Dihiris Halus:

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Saos:

  • 2 sb cili kisar
  • 1 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos plum - guna sos ikan
  • 1 sk kicap manis
  • 1 sb jus limau nipis/lemon
  • 2 sb gula pasir

Cara Cara:

  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak.
  2. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
  3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan saos lain yang telah disatukan dalam mangkuk.
  4. Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat sedikit.
  5. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
  6. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Ikan 3 Rasa"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel